✅ The verified answer to this question is available below. Our community-reviewed solutions help you understand the material better.
Hafiz baru mendapat tawaran masuk ke universiti. Dia sangat teruja sambil tertanya-tanya dan berfikir bagaimanakah keadaannya nanti apabila belajar di universiti. Yang manakah antara berikut dapat membantu Hafiz mengaplikasikan konsep insan sejahtera dalam menghadapi cabaran hidup sebagai mahasiswa?
I. Memiliki jasmani yang sihat dan kuat dapat memberi kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup di luar jangkaan.
II. Mempunyai emosi yang stabil dapat mengendalikan tekanan secara baik dengan mengawal keadaan dan mewujudkan persekitaran yang stabil.
III. Memiliki kerohanian yang mantap bermakna seseorang mempunyai kekuatan dalaman yang berguna menghadapi tekanan psikologi dan tekanan luaran yang bersifat emosi.
IV. Mempunyai daya intelek dapat menyumbang kepada penyelesaian pelbagai masalah.